Friday, August 21, 2009

ONE DAY AT WEEKEND

Memancing kat laut di Pontian. Angan-angan nak pergi memancing di pulau pisang, tapi meleset. Bot pula buat hal....Rosak. Pam air rosak dan perjalanan tidak boleh jauh kerana enjin akan panas. Walaubagaimanapun memancing tetap memancing. Tidaklah ditengah laut tapi jauh juga dari daratan. Dapat la buat lauk untuk 3-4 hari.

Ehhh....Joko kusyuknya memancing. Dapat ikan ke tak tu???

Eleh...sukanya dapat bergambar. Basah kuyup plak tu. Aideel dapat ikan ape tu?? Suka la orang pertama dapat ikan.

AIR PASANG, MACAMMANA NAK KERJA OOO!!!


Monday, July 27, 2009

Piling Jambatan Sungai Prapat

Kerja cerucuk ini, pada awalnya adalah 10 point. Tetapi terdapat masalah yang dihadapi iaitu 10 point cerucuk kesemuanya tumbang. Panjang Satu point adalah 28 meter dalam (12m+12m+6m). Penusukkan cerucuk adalah end bearing (SET). Oleh itu, redesign diperlukan. Inilah hasilnya. Masalah yang berlaku adalah disebabkan daripada tekanan tanah yang tidak seimbang dan tanah bergerak mengikut kesan dari air pasang surut. Maklumlah tanah paya, buat kerja dalam paya bakau.


Kerja-Kerja Lain


Acuan walkway, Tiang menara dah naik, Platform& Walkway

Friday, June 26, 2009

Keadaan Site Semasa Proses Clearing

Luas kawasan projek adalah sekitar 15 hektar paya bakau. Proses site clearing adalah proses yang begitu rumit dan memerlukan kepakaran. Terdapat bangunan, struktur yang akan dibina di atas air, didalam sungai.
Sungai dan Jalan laluan untuk kerja-kerja pembinaan

Pembersihan pokok bakau secara terhad pada laluan dan kawasan pembinaan (pelihara alam sekitar)

Wednesday, June 24, 2009

Berdaftar Secara Sah dan Pernah Mendapat Anugerah

Landscape

Taman Awam Reakreasi Bakau Perigi Aceh, Pasir Gudang

Sekarang syarikat kami giat menjalankan kerja-kerja struktur untuk taman reakreasi awam.
Terdapat pelbagai struktur, kemudahan, keistimewaan di taman reakreasi awam ini. Ianya adalah bersebelahan dengan taman buaya pasir gudang..........
Anda tidak akan rugi dan pasti terkilan dengan keindahan taman.
1)walkway sepanjang 2 km dalam hutan bakau
2) Menara tinau setimggi 13 meter
3) jambatan gantung merentasi menara A dan Menara B
4) Jeti
5)Jambatan terapung merentasi sungai

Dan Pelbagai lagi...... saksikan pembukaannya pada pertengahan tahun hadapan..tapi taman buaya dah buka.....ada offer 50%